JellyPages.com
Logo Design by FlamingText.com
Logo Design by FlamingText.com

Monday 19 November 2012

KATA NAMA - AM

1.Golongan kata nama terbahagi kepada dua, iaitu :
[a] Kata nama am ;
[b] kata nama khas.

2.Golongan kata nama merangkumi sejumlah perkataan untuk membina frasa
nama dan digunakan untuk menamakan orang, tempat atau benda.

Kata Nama Am
1. Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu
yang hidup seperti orang,haiwan dan sesuatu yang tak hidup seperti
tumbuh-tumbuhan,tempat,benda dan sebagainya.

2. Dengan kata lain, kata nama am digunakan untuk menyebutsesuatu secara
am atau umum.

3. Contoh

i. Manusia hidup
abang, gadis, murid murid, kerani, guru, doktor,pengawal.

ii. Haiwan hidup
kerbau, itik, burung, singa, kura-kura, kucing.

iii. Tumbuh-tumbuhan
rumput, ros, lalang, paku-pakis.

iv. Benda tak hidup
bakul,pembaris, kipas ,komputer,sudu,pen, buku.

v. Tempat tak hidup
tasik, pulau, pentas, dewan, kedai, negeri.


3. Kata nama am dapat dibahagikan kepada kata nama am dan kata
nama am abstrak.

a. Kata nama am konkrit ialah nama sesuatu yang dipegang atau dapat
dirasa atau dikhayalkan,
contoh tangan, rumah, kolam, basikal.

b. Kata nama am abstrak ialah nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan
atau dikhayalkan
contoh perayaan, keindahan, keselamatan.

4. Kata nama am hendaklah ditulis menggunkan huruf kecil kecuali
penggunaan pada pangkal ayat.

Contoh ayat
a. Ayah sedang membina sebuah rumah.
b. Rumah itu besar dan cantik.

No comments:

Post a Comment