JellyPages.com
Logo Design by FlamingText.com
Logo Design by FlamingText.com

Sunday 30 December 2012

MARI MENGULANGKAJI

PENGGUNAAN KATA SENDI 'di'

Kata sendi 'di' ditulis terpisah daripada perkataan.Contohnya:
di Sungai Petani
di Kedah
di hospital
di sini
di sana
di atas
di belakang
di sekolah
di asrama

Wednesday 5 December 2012

BM tahun 3 : Latihan Kata Seru


Isi tempat kosong dengan kata seru yang betul. (14%)

1.      _______________, rupa-rupanya begini cara kamu 
         menggunakan kamera digital !
2.      _______________, berani kamu merosakkan telefon
          bimbit saya !
3.      _______________, kawan-kawan ! Lihatlah computer
          baru saya.
4.      _______________, sakitnya tangan saya kerana terkena    
         sterika yang panas itu !
5.      _______________, ambil alat kawalan jauh kamu 
         ini semula !
6.      _______________, kejayaan ini adalah kebanggaan untuk 
         kita semua!
7.      _______________, berkereta besar engkau sekarang !

Jawapan :  1. Oh, 2. Cis, 3. Hai, 4. Aduh, 5. Nah, 6. Syabas, 7. Wah

BM Tahun 4 : Latihan Sinonim


Isikan tempat kosong dengan antonim yang betul :
kata, tutur, titah, banjir, cili, lada, jemu, haiwan, raga,
 risau, pandai, khabar, sawah, tolong, pulang, hati-hati,
 lalai, supaya, jemput, didik, surat khabar, damai, maaf

1.       balik               = _____________________

2.       bantu            = _____________________

3.       cakap            = _____________________

4.       cabai              = _____________________

5.       bosan            = _____________________

6.       binatang      = _____________________

7.       bimbang      = _____________________

8.       bijak              = _____________________

9.       berita            = _____________________

10.   bendang      = _____________________

jawapan : 1.pulang        2.tolong       3.kata/tutur/titah           
            4. cili/lada       5.jemu     6. haiwan    7. risau                  
            8.pandai       9. khabar     10. sawah

Latihan Antonim Tahun 4


Isikan tempat kosong dengan antonim yang betul :
Menunduk, sopan, sedih, cerdik, caci, putih-melepak, singkat, pendek, hujan pendek, hujan lebat, langkah kanan, pemurah, sejuk hati, dingin hati, lambat, perlahan, takziah, tabiat
1.       puji                        x ______________________

2.       hitam – legam     x ______________________

3.       tahniah                 x ______________________ 

4.       panas hati             x ______________________

5.       laju                        x ______________________

6.       kedekut                 x ______________________

7.       girang                    x ______________________

8.       labuh                     x ______________________

9.       hujan geremis      x ______________________

10.   langkah kiri            x ______________________

Wednesday 28 November 2012

GEMBIRA BUAH HATI CEMERLANG DALAM UPSR


Ketika semua murid UPSR seluruh Malaysia berdebar-debar untuk menerima keputusan UPSR, hati ibu bapa juga turut berdebar-debar dengan keputusan yang bakal diperolehi. Alhamdulillah  dan syukur kepada ALLAH SWT  kerana buah hati saya, Anis Farzana , berjaya mendapat 5A dalam UPSR. Saya berharap kedua-dua anak saya akan terus cemerlang di dunia mahupun di akhirat.


Buah hatiku sedang mengambil result UPSR

Buah hati termasuk antara yang berjaya mendapat 5A UPSR

SEMOGA AKAN TERUS SUKSES SAYANG!




Contoh soalan pemahaman UPSR

Contoh Soalan Pemahaman UPSR

Monday 19 November 2012

Contoh Surat Rasmi Tidak Hadir ke Sekolah









Kamu tidak dapat hadir ke sekolah semalam. Tuliskan sepucuk surat kepada guru kelas kamu untuk memaklumkan tentang perkara itu. Berikan alasan yang munasabah.


Tahun Enam,
Sekolah Kebangsaan Mangkapon, Pitas,
Peti Surat 130,
89108, Kota Marudu,
Sabah.

__________________________________________________________

Cikgu Shadia binti Jimlok,
Sekolah Kebangsaan Mangkapon Pitas,
Peti surat 130,
89108 Kota Marudu ,
Sabah. 4 Oktober 2011


Cikgu,Preview


Tidak Hadir Ke Sekolah


Dengan segalah hormatnya, saya Eryana Erra Elana Manja ingin memaklumkan pihak cikgu bahawa saya tidak dapat hadir ke sekolah semalam kerana menziarahi nenek yang sakit tenat di kampung.


2. Keluarga saya telah menerima telegram malam semalam. Kami telah bertolak ke Sabah sejurus selepas menerima telegram itu. Kadaan ini menyebabkan saya tidak sempat untuk menghubungi cikgu atau rakan-rakan sekalas.


3. Semoga cikgu dapat memaafkan kesalahan saya ini.



Sekian,terima kasih.


Yang benar,
Eryana
(ERYANA ERRA ELANA MANJA)
Pelajar Tahun Enam,
Sekolah kebangsaan Mangkapon Pitas,
Peti surat 130 89108,
Kota Marudu,
Sabah.

KATA NAMA - AM

1.Golongan kata nama terbahagi kepada dua, iaitu :
[a] Kata nama am ;
[b] kata nama khas.

2.Golongan kata nama merangkumi sejumlah perkataan untuk membina frasa
nama dan digunakan untuk menamakan orang, tempat atau benda.

Kata Nama Am
1. Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu
yang hidup seperti orang,haiwan dan sesuatu yang tak hidup seperti
tumbuh-tumbuhan,tempat,benda dan sebagainya.

2. Dengan kata lain, kata nama am digunakan untuk menyebutsesuatu secara
am atau umum.

3. Contoh

i. Manusia hidup
abang, gadis, murid murid, kerani, guru, doktor,pengawal.

ii. Haiwan hidup
kerbau, itik, burung, singa, kura-kura, kucing.

iii. Tumbuh-tumbuhan
rumput, ros, lalang, paku-pakis.

iv. Benda tak hidup
bakul,pembaris, kipas ,komputer,sudu,pen, buku.

v. Tempat tak hidup
tasik, pulau, pentas, dewan, kedai, negeri.


3. Kata nama am dapat dibahagikan kepada kata nama am dan kata
nama am abstrak.

a. Kata nama am konkrit ialah nama sesuatu yang dipegang atau dapat
dirasa atau dikhayalkan,
contoh tangan, rumah, kolam, basikal.

b. Kata nama am abstrak ialah nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan
atau dikhayalkan
contoh perayaan, keindahan, keselamatan.

4. Kata nama am hendaklah ditulis menggunkan huruf kecil kecuali
penggunaan pada pangkal ayat.

Contoh ayat
a. Ayah sedang membina sebuah rumah.
b. Rumah itu besar dan cantik.

KATA NAMA KHAS


Kata Nama  Khas 
1. Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk
menyebut nama sesuatu benda, iaitu benda hidup dan benda tak hidup.  
2. Benda-benda yang hidup ialah nama manusia dan haiwan. Benda-benda
yang tak hidup ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan dan sebagainya.
3. Kata nama khas digunakan untuk menyebut sesuatu yang tertentu. 

4. Contoh:
i. manusia hidup;   Airil, Doktor, 
Aimi, Tuan Maliq, DatukKamil, Puan Shahira.
  
ii. haiwan hidup;    
Sang Rangkak  kura-kura, Pak Belang harimau, Si Comel kucing.

iii. tumbuh-tumbuhan hidup;  
Vanda Diana orkid, Anans comosus  nanas, Malinja padi.
    
iv. benda tak hidup; 
Proton Persona, Adidas, Panasonic, Nokia.
         
vi. tempat tak hidup ;   
Kota Tianggi, Sarawak, Kampung Paloh.
 
vii.bahasa tak hidup ;  Bahasa Malaysia, Bahasa Mamdarin, Bahasa Tamil,
Bahasa Urdu.
   
viii. pangkat tak hidup ;  
Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar  dan lain-lain     

x. institusi tak haidup ;  
Univerisiti Sains Malaysia, Kolej  Shahputra, Dewan Bahasa  dan  Pustaka.
 
xi. bahasa tak haidup ;  
Melayu, Cina, India,Serani, Arab.    

xii. judul tak hidup ;    
Sejarah Melayu, Anak Bumi Tercinta, Tatabahasa Dewan  dan  lain-lain   

                    

ASSALAMUALAIKUM ..


Ini adalah kali pertama saya membina laman blog. Saya membina blog ini bertujuan mendidik anak bangsa supaya menghargai Bahasa Melayu. Blog ini boleh dijadikan rujukan yang berguna untuk semua murid. Bahan yang dilampirkan adalah hasil dari pengalaman saya mengajar Bahasa Melayu untuk murid sekolah rendah. Diharap maklumat yang ada di dalam blog saya ini dapat dikongsi bersama dan dapat membantu guru-guru lain untuk berkongsi idea. InsyaAllah akan saya tambahkan lagi pelbagai maklumat mengikut perkembangan semasa. Sekian..